Abu Abdillah Hakim mentakhrijkan daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya syaitan telah putus asa untuk menjadi sembahan di bumimu, tetapi ia senang untuk ditaati selain disembah daripada perbuatan-perbuatanmu yang merendahkan kamu, maka berhati-hatilah. Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepadamu selama kamu berpegangan dengannya maka kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitabullah (AL-QURAN) dan sunnah nabi-Nya.”
AL-QURAN telah mendahului segala teknologi & sains pada hari ini. Manusia yang beriman kepada
ALLAH seharusnya mengkaji segala isi kandungan di dalam
AL-QURAN dan AS-SUNNAH tanpa sebarang keraguan.
AL-QURAN pernah menerangkan kebaikan madu, kejadian langit yang mempunyai laluan-laluan [gelombang] dan banyak lagi.
Kami ingin membawa anda menerokai kehebatan
AL-QURAN dan AS-SUNNAH dalam segala aspek kehidupan dengan mengabungkan teknologi canggih
dan terkini serta memudahkan pemahaman dalam segala penerangan yang kami bawakan.
|